“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”
(Abu Daud & Ahmad).
______________________________
1 - Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya:
Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan):
“Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim)
2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut.
3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. “Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi.”(H.R. al-Tirmidzi)
4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur.
5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.
______________________________
Ayat yg dibaca ketika sedang Hamil…insyaAllah…atas kehendak-Nya akan mempunyai faedah yang luar biasa…
a. Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
b. Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
c. Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
d. Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
e. Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
f. Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
g. Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
h. Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
______________________________
Sumber : Halaqah.net